Tuesday, January 26, 2010

The Reality

Salam Hormat kepada semua pembaca yang budiman,

Sama ada kita sedar atau tidak, kesedaran orang ramai terhadap emas kian meningkat dari hari ke hari. Pertanyaan demi pertanyaan dari rakan-rakan, saudara mara mengenai emas tak pernah padam...

Saya berkesempatan menghadiri Seminar Krisis Kewangan yang diadakan di Kompleks Tabung Haji baru-baru ni. Prof Umar berkata ramai orang mulai sedar tentang peranan emas yang akhirnya akan menggantikan wang fiat suatu ketika nanti. Di mana-mana di seluruh dunia orang asyik bercakap tentang emas emas emas ...

Tapi, baru2 ni sewaktu di bank, sy nak buat bayaran pembelian emas, sempat bercakap dengan seorang wanita... dia kata "saya malas nak pikir pasal ni, suami saya dah masuk dah .. dia beli emas pakai buku bank" gitulah lebih kurang kata dia ... Saya cuma kata, baguslah kalau macam tu ...

Saya tanya suami tu ada tengok tak emas tu. Dia kata "Tak, emas tu bank simpan". Saya senyum ..
Memanglah kalau bank tu selamat , emas tu pun selamat. Tapi kalau bank tu ..bungkus... camane ye ? Dapatke pegang ketul emas tu lagi ??

Cukup sekadar itu ...

1 comment:

  1. COD Pamp Suisse Lady Fortuna 10 gram, harga semasa RM 1260.

    Untuk harga emas jongkong dan lain-lain yang hebat sila hubungi kami di goldman999.9@hotmail.com.

    Harga lagi murah daripada Habib, Poh Kong dan dealer2 lain. Bekalan antarabangsa.

    Rebat tunai segera RM 1,000 hingga RM 1, 500.

    Terima kasih.

    ReplyDelete